Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Jika—
(a)
tiada seorang pun wasi dilantik oleh suatu wasiat;
(b)
wasi atau semua wasi yang dilantik oleh wasiat tak upaya di sisi undang-undang untuk bertindak sedemikian, atau telah menolak;
(c)
tiada seorang pun wasi menakat pewasiat;
(d)
semua wasi mati sebelum mendapat probet atau sebelum mentadbirkan semua harta pusaka si mati; atau
(e)
wasi-wasi yang dilantik oleh mana-mana wasiat tidak hadir dan tidak mengambil probet, maka surat kuasa pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada mana-mana orang atau orang-orang yang difikirkan oleh Mahkamah paling sesuai untuk mentadbirkan harta pusaka itu:
Dengan syarat bahawa hak keutamaan kepada pemberian itu hendaklah dipunyai oleh orang-orang yang berikut mengikut susunan yang berikut:
(i)
penerima legasi universal atau residuari;
(ii)
wakil diri kepada penerima legasi universal atau residuari yang telah mati;
(iii)
mana-mana orang atau orang-orang, iaitu benefisiari-benefisiari di bawah wasiat itu, yang sepatutnya berhak kepada pemberian surat kuasa pentadbiran jika si mati telah mati tak berwasiat;
(iv)
penerima legasi yang mempunyai kepentingan benefisial; dan
(v)
pemiutang bagi si mati.