Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 25

Jika sesuatu wasiat telah hilang atau tersalah letak selepas kematian pewasiat, atau jika sesuatu wasiat tidak dapat dikemukakan kerana apa-apa sebab yang mencukupi—

(a)

maka sekiranya salinan atau draf wasiat itu dikemukakan, dan didapati bahawa salinan atau draf itu adalah serupa kandungannya dengan wasiat yang asal, probet boleh diberikan bagi salinan atau draf wasiat itu, terhad sehingga wasiat yang asal dimasukkan untuk mendapatkan probet; dan

(b)

maka sekiranya tiada salinan atau draf wasiat yang dikemukakan, probet boleh diberikan bagi kandungan wasiat itu, jika ia dapat dibuktikan dengan secukupnya, terhad sebagaimana yang diperihalkan di atas, melainkan jika wasiat itu adalah suatu wasiat istimewa yang tidak bertulis.

Wasiat termusnah.

Section 25 — AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959 | mylaw.my