Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Pada memberikan pentadbiran, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan hak-hak semua orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta pusaka orang sudah mati itu atau mengenai hasil jualannya, dan, khususnya, pentadbiran dengan wasiat terlampir boleh diberikan kepada seorang penerima devis atau penerima legasi; dan berkenaan dengan tanah yang diselesaiuruskan sebelum kematian si mati, dan bukan mengikut wasiatnya, pentadbiran boleh diberikan kepada pemegang-pemegang amanah penyelesaiurusan itu; dan apa-apa pentadbiran sedemikian boleh dihadkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Mahkamah:
Dengan syarat bahawa, jika si mati itu mati tak berwasiat langsung tentang harta pusakanya, maka pentadbiran hendaklah, jika permohonan dibuat bagi maksud itu, diberikan kepada mana-mana satu atau lebih daripada orang-orang yang mempunyai kepentingan mengenai harta pusaka residuari si mati, melainkan jika disebabkan oleh ketaksolvenan harta pusaka itu atau hal keadaan khas lain, adalah difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah untuk memberikan pentadbiran kepada mana-mana orang lain.
Kesan pemberian pentadbiran.