Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(a)
dalam hal pentadbiran-pentadbiran, sama ada dengan atau tanpa wasiat terlampir, orang yang untuknya pemberian itu telah dibuatkan atau yang bagi pihaknya pemberian telah dimeteraikan hendaklah memberikan jaminan bagi pentadbiran wajar akan harta pusaka;
(b)
tiada jaminan dikehendaki jika nilai kasar harta pusaka tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(2)
Jaminan hendaklah pada lazimnya berupa bon dalam borang yang ditetapkan yang diberikan oleh penerima pemberian itu dengan dua orang penjamin, dalam amaun yang mengikutnya harta pusaka yang berada dalam bidang kuasa dinyatakan dengan bersumpah, tanpa penolakan apa-apa hutang yang kena dibayar oleh si mati, selain daripada hutang-hutang yang bercagarkan gadai-janji atau gadaian; tetapi Mahkamah boleh atas apa-apa sebab yang mencukupi menambahkan atau mengurangkan bilangan penjamin-penjamin atau mengenepikan mereka, dan boleh mengurangkan amaun bon itu, dan Mahkamah pada menjalankan budi bicaranya hendaklah menimbangkan kedudukan pihak-pihak, jenis harta, amaun hutang dan takat kepentingan diri pentadbir dalam bahagian harta pusaka yang boleh diagihkan.
(3)
Jika sesuatu perbadanan amanah telah mendapatkan pentadbiran ia tidaklah dikehendaki memberikan jaminan.
(4)
Apabila pentadbir mendapat hak ke atas kesemua harta pusaka selepas pembayaran hutang, penjaminpenjamin bagi bon pada lazimnya boleh dilepaskan oleh Pendaftar.
(5)
Penjamin-penjamin boleh dikehendaki oleh Pendaftar untuk memberikan justifikasi tentang kelayakan mereka.