Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 4

(2)

Jika mana-mana benefisiari ialah seorang budak, atau jika sesuatu kepentingan seumur hidup timbul di bawah wasiat atau atas kematian tak berwasiat, pentadbiran hendaklah diberikan sama ada kepada suatu perbadanan amanah (dengan atau tanpa seorang individu) atau kepada tidak kurang daripada dua orang individu:

Dengan syarat bahawa—

(a)

Mahkamah boleh menurut budi bicaranya dan atas apa-apa sebab khas yang difikirkannya patut, memberikan pentadbiran kepada seorang individu; dan

(b)

Mahkamah dalam memberikan pentadbiran boleh bertindak atas apa-apa keterangan prima facie yang diberikan oleh pemohon atau mana-mana orang lain, tentang sama ada ada atau tidak sesuatu kepentingan bagi seseorang orang belum dewasa atau kepentingan seumur hidup, sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Jika terdapat hanya seorang wakil diri sahaja (yang bukan suatu perbadanan amanah) maka, dalam masa seseorang benefisiari masih belum dewasa atau dalam masa masih ada sesuatu kepentingan seumur hidup, dan sehingga harta pusaka itu ditadbirkan dengan sepenuhnya, Mahkamah boleh atas permohonan mana-mana orang yang ada mempunyai kepentingan atau atas permohonan penjaga, jawatankuasa atau penerima mana-mana orang itu, atau atas kehendak Mahkamah sendiri, melantik mengikut kaedah-kaedah mahkamah seorang wakil diri atau lebih sebagai tambahan kepada wakil diri asal.

(4)

Seksyen ini terpakai bagi pemberian perwakilan yang dibuat selepas bermulanya kuatkuasa Akta ini sama ada pewasiat atau si mati tak berwasiat itu mati sebelum atau selepas bermulanya kuatkuasa itu.