Malaysia legislation

Section 60

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 60

(2)

Melainkan jika Mahkamah mengarahkan selainnya, tiada penjualan, pemindahmilikan, pemindahhakan atau persetujuan berkenaan dengan harta tak alih boleh dibuat tanpa persetujuan semua wakil diri si mati; dan tertakluk sebagaimana yang tersebut dahulu, jika ada beberapa orang wakil diri, maka kuasa kesemua mereka boleh dijalankan oleh salah seorang daripada mereka, jika tiada apa-apa arahan yang berlawanan dalam wasiat atau pemberian pentadbiran itu.

(3)

Seseorang wakil diri boleh menggadaikan, menggadaijanjikan atau selainnya melupuskan kesemua atau apa-apa harta yang terletakhak padanya, sebagaimana yang difikirkannya wajar, tertakluk kepada apa-apa sekatan yang mungkin dikenakan bagi maksud ini oleh wasiat si mati, dan tertakluk kepada seksyen ini:

Dengan syarat bahawa seseorang wasi boleh melupuskan apa-apa harta walau apa pun apa-apa sekatan dikenakan sedemikian, jika dia melakukan sedemikian mengikut suatu perintah Mahkamah.

(4)

Seseorang pentadbir tidak boleh, tanpa mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah—

(a)

menggadaijanjikan, menggadaikan atau memindahmilikkan dengan cara menjual, memberi, menukar atau selainnya apa-apa harta tak alih yang terletak di mana-mana Negeri dan yang pada masa itu terletakhak padanya; atau

(b)

memajakkan apa-apa harta sedemikian selama suatu tempoh yang melebihi lima tahun.

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh seksyen 15 (2) Akta Pemegang Amanah 1949.

(6)

Pelupusan harta oleh seseorang wakil diri yang melanggari seksyen ini bolehlah dibatalkan atas kehendak mana-mana orang lain yang mempunyai kepentingan mengenai harta itu.