Malaysia legislation

Section 63

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 63

Jika—

(a)

seseorang yang tidak berdomisil di Malaysia telah mati meninggalkan aset di Malaysia dan juga di negara di mana dia berdomisil pada masa kematianya; dan

(b)

telah ada suatu pemberian perwakilan di Malaysia mengenai aset di sana dan suatu pemberian perwakilan di negara domisil mengenai aset dalam negara itu, maka wakil diri di Malaysia, selepas memberi notis wajar dan selepas menjelaskan, pada masa habisnya tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, segala tuntutan sah yang mengenainya dia telah mendapat notis, boleh, selain daripada dia sendiri membahagi-bahagikan apa-apa lebihan atau residu harta si mati kepada orang-orang yang bermastautin di luar Malaysia yang berhak kepadanya, memindahmilikkan, dengan persetujuan wakil diri di negara domisil itu, lebihan atau residu itu kepadanya untuk dibahagi-bahagikan kepada orang-orang itu.