Malaysia legislation

Section 65

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 65

Jika mana-mana orang, pada memfraudkan pemiutang-pemiutang atau tanpa balasan bernilai sepenuhnya, memperolehi, menerima atau memegang apa-apa harta alih atau tak alih seseorang orang sudah mati atau membuat pelepasan apa-apa hutang atau liabiliti yang kena dibayar kepada harta pusaka si mati, maka dia hendaklah dipertanggungkan sebagai wasi kerana kesalahannya sendiri setakat harta yang telah diterimanya atau yang masuk ke dalam tangannya, atau hutang atau liabiliti yang dilepaskannya, selepas ditolak—

(a)

apa-apa hutang bagi balasan bernilai dan tanpa fraud yang kena dibayar kepadanya oleh orang sudah mati itu pada masa kematiannya; dan

(b)

apa-apa pembayaran yang telah dibuat olehnya yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil diri.