Malaysia legislation

Section 68

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 68

(a)

tentang harta tak alih yang diamanahkan, tertakluk kepada seksyen 60, untuk dijualkan; dan

(b)

tentang harta alih yang diamanahkan, untuk diminta, dijual dan ditukarkan kepada wang apaapa bahagiannya yang tidak terdiri daripada wang, dengan kuasa untuk menangguhkan jualan dan penukaran itu selama suatu tempoh yang difikirkan patut oleh wakilwakil diri itu, tanpa bertanggungan untuk menjelaskannya, dan supaya apa-apa kepentingan kembalian tidak dijual sehingga ia dimiliki, melainkan jika wakil-wakil diri itu nampak sebab-sebab khas untuk menjualnya.

(2)

Daripada wang bersih yang akan diperolehi daripada jualan dan penukaran harta alih dan tak alih tersebut (selepas pembayaran kos), dan daripada wang si mati yang tersedia (setakat yang tidak dilupuskan melalui wasiatnya, jika ada), wakil-wakil diri hendaklah membayar segala perbelanjaan pengurusan mayat, perwasiatan dan pentadbiran, hutang dan liabiliti lain yang sepatutnya kena dibayar daripadanya, dan daripada residu wang tersebut wakil-wakil diri hendaklah menyimpan wang yang cukup untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa legasi kewangan yang dibekueskan melalui wasiat (jika ada) si mati.

(3)

Dalam masa mana-mana benefisiari masih belum dewasa atau dalam masa masih ada apa-apa kepentingan seumur hidup, dan sementara menanti pembahagian keseluruhan atau apa-apa bahagian harta pusaka si mati, wakil-wakil diri boleh melaburkan residu wang tersebut, atau sekian banyak daripadanya yang belum dibahagibahagikan, dalam apa-apa pelaburan yang pada masa ini dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis bagi pelaburan wang amanah, dengan kuasa, menurut budi bicara wakil-wakil diri itu, untuk menukarkan pelaburan itu dengan yang lain yang sejenis dengannya.

(4)

Residu wang tersebut dan apa-apa pelaburan pada masa ini yang merupakan residu wang, termasuklah (tetapi tanpa menyentuh amanah untuk jualan) apa-apa bahagian harta pusaka si mati yang mungkin disimpan tak berjual dan yang tidak dikehendaki bagi maksud-maksud pentadbiran yang tersebut dahulu, adalah dalam Bahagian ini disebut "harta pusaka residuari si mati tak berwasiat".

Probet dan Pentadbiran

(5)

Pendapatan (termasuklah sewa dan keuntungan bersih daripada harta tak alih selepas pembayaran kadar, cukai, sewa, kos insurans, pembaikan dan belanja pasti lain yang berkaitan secara berpatutan dengan pendapatan) daripada sekian banyak harta alih dan tak alih si mati yang tidak boleh dilupuskan melalui wasiatnya, jika ada, atau yang tidak dikehendaki bagi maksud pentadbiran yang tersebut dahulu, tidak kira bagaimana sekalipun harta pusaka itu dilaburkan, mulai dari kematian si mati, boleh dikira dan digunakan sebagai pendapatan, dan bagi maksud itu apa-apa pengumpukan yang perlu boleh dibuat antara tenan seumur hidup dengan penerima baki.

(6)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menjejaskan hak mana-mana pemiutang si mati atau hak Kerajaan berkenaan dengan duti harta pusaka.

(7)

Jika si mati meninggalkan wasiat, maka seksyen ini adalah berkuatkuasa tertakluk kepada wasiat itu.