Malaysia legislation

Section 83

of AKTA PROBET DAN PENTADBIRAN 1959

Seksyen 83

(a)

bahawa nilai keseluruhan harta itu tanpa ditolak hutang, tetapi tidak termasuk nilai apa-apa harta yang dimiliki oleh si mati atau yang si mati berhak kepadanya sebagai pemegang amanah dan bukan secara benefisial, tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan

(b)

bahawa tiada petisyen untuk mendapatkan surat kuasa pentadbiran sedang menunggu penyelesaian, dia boleh, jika mengikut budi bicaranya difikirkan patut olehnya untuk berbuat sedemikian, secara bertulis dan ditandatangani olehnya mengisytiharkan bahawa dia mengakujanji untuk mentadbirkan harta itu, dan sesudah itu dia hendaklah diberikan kuasa untuk mentadbirkannya seolah-olah surat kuasa pentadbiran, dengan atau tanpa wasiat terlampir, bagi harta pusaka orang sudah mati itu telah diberikan kepadanya, dan resitnya hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi mana-mana orang yang membayar apa-apa wang atau menyerahkan apa-apa harta kepadanya; dan notis mengenai tiap-tiap perisytiharan sedemikian hendaklah difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang sesuai.

(2)

(a)

Apabila Pegawai Pentadbir Pusaka berpuas hati bahawa nilai apa-apa harta sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dia bolehlah mengarahkan supaya harta itu atau mana-mana bahagiannya diserahkan, tanpa mengambil surat kuasa pentadbiran, kepada mana-mana orang atau orang-orang apabila dia berpuas hati tentang hakmilik pihak yang menuntut itu dan nilai harta itu yang dinyatakan dengan bersumpah atau ikrar pihak yang menuntut itu atau melalui apa-apa keterangan lain yang dikehendakinya dan dia bolehlah mengikut budi bicaranya mengambil apa-apa jaminan yang difikirkan olehnya patut bagi pentadbiran sewajarnya akan harta itu atau bagi perlindungan hak mana-mana orang lain.

(b)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menjejaskan hak mana-mana orang untuk mendapatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian harta yang diserahkan di bawah perenggan (a) daripada orang yang kepadanya ia telah diserahkan.

(c)

Jika tiada orang membuat apa-apa tuntutan ke atas apa-apa harta sedemikian yang disebut dalam subseksyen (1), maka harta itu bolehlah dijual atas arahan Pegawai Pentadbir Pusaka dan hasil jualan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan:

Dengan syarat bahawa, jika pada bila-bila masa selepas itu pemunya harta itu muncul dan menuntutnya, restitusi hendaklah dibuat ke atas tuntutan itu apabila ia dibuktikan sehingga memuaskan hati Pegawai Pentadbir Pusaka.

(d)

Jika harta itu tidak ketara nilainya atau nilainya adalah sebegitu kecil pada pendapat Pegawai Pentadbir Pusaka hingga menjadikannya tak praktik untuk dijual, maka Pegawai Pentadbir Pusaka bolehlah mengarahkan supaya harta itu dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.

(3)

Kuasa yang diberikan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka oleh seksyen ini tidaklah menjejaskan kuasa untuk menguruskan, tanpa pemberian perwakilan, harta seseorang orang sudah mati yang diberikan kepada mana-mana orang lain oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain:

Dengan syarat bahawa tiap-tiap orang sedemikian hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka suatu akaun yang penuh dan benar mengenai apa-apa harta yang diuruskan olehnya dan hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, membayar atau menyerahkan kepada Pegawai Pentadbir Pusaka apa-apa wang atau harta lain yang masih di bawah kawalannya.

(4)

Pada bila-bila masa sebelum pembahagian apaapa bahagian harta itu antara benefisiari-benefisiarinya di bawah seksyen ini, Pegawai Pentadbir Pusaka boleh, jika difikirkan suaimanfaat olehnya untuk berbuat sedemikian, walau apa pun apa-apa perisytiharan yang dibuat olehnya di bawah subseksyen (1), enggan untuk terus mentadbirkan harta yang dalam tangannya sehingga suatu perintah pembahagian atau suatu pemberian perwakilan diperolehi berkenaan dengan harta pusaka si mati itu.

(5)

Hasil jualan apa-apa harta yang diterima oleh Pegawai Pentadbir Pusaka mengikut seksyen 23 (2) Akta Polis 1967, hendaklah diuruskan mengikut cara yang sama sebagaimana yang harta itu diperintahkan supaya diuruskan oleh seksyen ini.

(6)

Seksyen ini tidaklah terpakai dalam hal harta si mati yang baginya Bahagian III atau IV Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 terpakai, tetapi, tertakluk kepada yang tersebut dahulu, hendaklah terpakai bagi semua Negeri.