Malaysia legislation
Section 40n
Seksyen 40n
Majlis Peguam boleh menghendaki mana-mana perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman Malaysia atau peguam asing untuk memberi kepada Majlis Peguam apa-apa dokumen, butir-butir atau maklumat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan perlu bagi maksud memastikan pematuhan Bahagian ini.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 40o. Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan tentang—
(a)
syarat-syarat dan kriteria bagi pemberian lesen perkongsian antarabangsa, lesen firma guaman asing berkelayakan atau lesen di bawah seksyen 40h dan bagi pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40j;
15
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
(b)
cara dan langkah bagi permohonan dan maklumat dan dokumen untuk diberikan bagi permohonan untuk lesen perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan lesen di bawah seksyen 40h, termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;
(c)
syarat-syarat yang berhubungan dengan kelayakan kemahiran undang-undang, pengalaman dan kepakaran yang dikehendaki di bawah Bahagian ini;
(d)
cara dan langkah bagi permohonan untuk pendaftaran peguam asing termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;
(e)
pengemukaan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan firma guaman asing, peguam dan orang lain yang menjalankan amalan dalam atau diguna khidmat oleh firma guaman asing;
(f)
penyenggaraan daftar bagi perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman
Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing di bawah seksyen 40h, peguam asing yang menjalankan amalan di Malaysia dan peguam Malaysia yang menjalankan amalan di dalam perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan di bawah
Bahagian ini dan bentuk dan cara daftar itu hendak disimpan;
(g)
bidang amalan yang dibenarkan;
(h)
cara dan langkah bagaimana sesuatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 40h boleh menjalankan urusan atau membuat publisiti mengenai dirinya;
(i)
pengecualian mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini; dan
(j)
apa-apa perkara yang lain bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.”.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta A1444
Pindaan seksyen 76