Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan
Nasional, Lembaga Penasihat, Jawatankuasa Eksekutif, mana-mana pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, atau mana-mana orang yang bertindak secara sah bagi mematuhi apa-apa arahan, petunjuk atau perintah Ketua Pengarah atau pegawai
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.