Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 25

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang bagi pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional sebagai persediaan bagi dan pada pelaksanaan apa-apa peruntukan Akta ini yang sewajarnya dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan yang berkaitan dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini, hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional daripada apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa perbelanjaan yang ditanggung hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Section 25 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019