Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“agensi penguat kuasa” termasuklah mana-mana jabatan bagi mana-mana kementerian, badan atau agensi yang pada masa ini diberi kuasa penguatkuasaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan jenayah kewangan;

“dokumen” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Keterangan 1950 [Akta 56];

“Entiti Kerajaan” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau sebaliknya;

“Jawatankuasa Eksekutif” ertinya Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan di bawah subseksyen 10(1);

“jenayah kewangan” ertinya kesalahan yang disenaraikan dalam

Jadual;

“Ketua Pengarah” dan “Timbalan Ketua Pengarah”

ertinya Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang dilantik di bawah subseksyen 12(1) dan (2) masing-masing;

“Lembaga Penasihat” ertinya Lembaga Penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 5(1).

Section 2 — AKTA PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL 2019