Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
menjual atau memindahmilikkan, atau menyimpan atau mendedahkan untuk dijual atau dipindah milik, sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(1)
Akta Senjata 1960 [Akta 206];
(b)
membaiki atau menerima untuk dibaiki sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(2) Akta itu;
(c)
memindahmilikkan, menjual atau menawarkan untuk dijual sesuatu senjata api kepada seseorang yang lain daripada seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1) Akta itu; atau
(d)
mengimport sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 15(1) Akta itu;
(e)
(Dipotong oleh Akta A266).
“kesalahan berjadual” ertinya apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual;
“mahkamah rendah” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964
[Akta 91];
“melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan;
Senjata Api (Penalti Lebih Berat)
7
“memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang” ertinya memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu senjata api, atau membawanya, bersalahan dengan Akta Senjata 1960;
“senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan.
(2)
Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang terdapat dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] masing-masingnya mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Kanun itu.
Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual