Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual
Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual atau sesuatu rompakan menunjukkan suatu senjata api dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.