Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual
Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual menunjukkan suatu senjata api tiruan dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali.
Senjata Api (Penalti Lebih Berat)
9