Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api
Seseorang yang berkawan, atau didapati ada bersama dengan seorang lain yang memiliki suatu senjata api dengan menyalahi undang-undang dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui bahawa orang lain itu telah memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang lain itu telah tidak memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang.