Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 10

(2)

Pada menunaikan kewajipan dan fungsinya di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh—

(a)

mewakili Malaysia dalam aktiviti penstandardan dan akreditasi antarabangsa;

(aa)

melantik, mengikut kriteria yang diluluskan oleh Majlis, mana-mana organisasi di Malaysia untuk membangunkan standard dan untuk menyelaraskan perwakilan Malaysia dalam aktiviti penstandardan antarabangsa;

(b)

menggalakkan kerjasama antara organisasi yang terlibat dengan penstandardan di Malaysia, jabatan dan agensi

Kerajaan bagi maksud mencapai keserasian dan penggunaan umum yang maksimum bagi standard;

(c)

melaksanakan kriteria, sebagaimana yang diluluskan oleh

Majlis, yang berhubungan dengan penyediaan, kelulusan, penerimaan dan penetapan standard sebagai Standard

Malaysia;

(d)

mengesyorkan kepada

Menteri standard yang dikemukakan oleh mana-mana organisasi yang dilantik di bawah perenggan (aa) sebagai Standard Malaysia, jika sesuai, dan menyenggara indeks Standard Malaysia;

(e)

mengumpul, menterjemah dan menyebarkan maklumat mengenai standard dan aktiviti penstandardan di dalam dan di luar Malaysia;

(f)

menggalakkan penggunaan Standard Malaysia;

(g)

mengesyorkan kepada Menteri supaya diterima pakai mana-mana standard antarabangsa atau luar negeri, dengan atau tanpa ubah suaian, sebagaimana yang sesuai bagi kegunaan di Malaysia;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

(h)

mengakreditasikan, mengikut kriteria sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis, badan yang terlibat dalam penilaian pematuhan dan menyenggara suatu daftar badan terakredit dan tanda pematuhan mereka;

(i)

melantik organisasi-organisasi sebagai ejen untuk mengadakan perkhidmatan penilaian bagi pengakreditasian yang diperuntukkan di bawah Akta ini;

(j)

(Dipotong oleh Akta A1425);

(k)

(Dipotong oleh Akta A1425);

(l)

menetapkan dan mendaftarkan di bawah Akta Cap

Dagangan 1976 simbol akreditasi Jabatan sendiri;

(m)

membenarkan dan mengawal selia penggunaan mana-mana simbol akreditasi yang disebut di bawah perenggan

(l)

;

(n)

bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, sektor perindustrian, komersil dan tred dan mana-mana organisasi lain yang ditentukannya dengan tujuan memastikan standard diterima pakai;

(o)

menggalakkan perkiraan kerjasama dengan organisasi yang terlibat dalam penstandardan dan akreditasi di negara lain bagi pertukaran maklumat;

(p)

menasihati Menteri tentang keperluan, sumber dan penguntukan sumber kewangan kepada organisasi

Malaysia yang terlibat dalam penstandardan untuk membantu mereka memenuhi kehendak kebangsaan dan antarabangsa;

(q)

menjalinkan dan mengekalkan hubungan dengan organisasi tempatan dan luar negara yang terlibat dalam penstandardan, akreditasi dan perkara berkaitan yang lain dalam sektor awam dan swasta, dan mengekalkan

Standard Malaysia 19

pendedahan kepada keperluan perindustrian dalam penstandardan dan akreditasi;

(qa)

dengan bekerjasama dengan agensi yang berkaitan, memudahkan pembangunan peraturan teknikal dan membangunkan dan memajukan prinsip dan tatacara bagi pelaksanaan peraturan teknikal dan penilaian pematuhan;

dan

(r)

melaksanakan apa-apa fungsi lain yang dikehendaki oleh

Menteri.

Kuasa untuk mewakilkan

Section 10 — AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 | mylaw.my