Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Jika sesuatu standard telah diisytiharkan sebagai suatu
Standard Malaysia sementara, ungkapan “Sementara” atau “S”
hendaklah dimasukkan ke dalam tajuk atau nombor Standard
Malaysia itu.
(3)
Tiada standard boleh diisytiharkan sebagai Standard Malaysia, dan tiada Standard Malaysia boleh dipinda, disemak atau ditarik balik, melainkan jika Menteri berpuas hati bahawa orang yang mungkin terjejas oleh perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik itu telah mendapat peluang untuk menimbangkannya dan untuk memberikan ulasan mengenainya melalui suatu mekanisme sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
(4)
Perisytiharan, pindaan, penyemakan atau penarikan balik sesuatu Standard Malaysia hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan atau, jika tiada peraturan-Standard Malaysia 23
peraturan sedemikian telah dibuat, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis.
(5)
(Dipotong oleh Akta A1425).
(6)
(Dipotong oleh Akta A1425).
Perakuan akreditasi