Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika Ketua Pengarah, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), berpuas hati bahawa kriteria dan tatacara yang berhubungan dengan akreditasi telah dipenuhi, dia boleh memberikan suatu perakuan akreditasi kepada pemohon sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, atau jika tiada peraturan-peraturan sedemikian telah dibuat, sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis.
(3)
Sesuatu perakuan akreditasi di bawah seksyen ini hendaklah diberikan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi selagi terma dan syarat perakuan akreditasi itu dipatuhi, perakuan akreditasi itu boleh dari semasa ke semasa diperbaharui oleh Ketua Pengarah bagi apa-apa tempoh yang ditentukan olehnya.
(4)
Tiap-tiap orang yang memohon untuk mendapatkan perakuan akreditasi di bawah seksyen ini dan tiap-tiap orang yang kepadanya perakuan akreditasi diberikan sedemikian hendaklah, jika dia pada bila-bila masa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Ketua Pengarah, mengemukakan—
(a)
bagi penilaian atau pemeriksaan, segala dokumen;
(b)
apa-apa maklumat,
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 549
yang berhubungan dengan pengendalian yang berkenaan dengannya perakuan akreditasi itu dipohon atau telah diberikan.
(5)
Bagi maksud akreditasi di bawah seksyen ini, hendaklah kena dibayar kepada Ketua Pengarah oleh pemohon atau pemegang perakuan akreditasi itu, fi akreditasi yang ditetapkan dan apa-apa kos lain yang mungkin semunasabahnya dilakukan berkaitan dengan akreditasi.
(6)
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan suatu daftar untuk merekodkan perincian tiap-tiap perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini dan daftar itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.
(7)
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan sesuatu perakuan akreditasi yang diberikan di bawah seksyen ini jika, pada pendapatnya, mana-mana terma dan syarat yang berhubung kait dengan perakuan akreditasi itu telah dimungkiri, tetapi pemegang perakuan akreditasi yang perakuan akreditasinya telah digantung atau dibatalkan boleh merayu kepada Majlis.
Sekatan atas penggunaan perkataan