Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(2)
Jika mana-mana undang-undang bertulis mengadakan peruntukan bagi pendaftaran mana-mana kumpulan orang, pihak berkuasa pendaftaran boleh enggan mendaftarkan jika pada pendapatnya penggunaan nama yang dengannya kumpulan orang itu ingin didaftarkan dilarang di bawah subseksyen (1).
(3)
Seksyen ini hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai bagi orang perseorangan yang menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran selain daripada nama dan gelarannya sendiri.
Standard Malaysia 25
(4)
Mana-mana kumpulan orang atau mana-mana orang yang melakukan apa-apa tindakan berlanggaran dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan melainkan jika dibuktikan bahawa tindakan itu tidak dilakukan untuk mendapatkan keuntungan atau dengan niat hendak menipu, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan pelbagai