Malaysia legislation

Section 18

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 18

(a)

membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, dengan merujuk kepada apa-apa penilaian pematuhan yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa seseorang yang tidak diakreditasikan di bawah Akta ini dengan merujuk kepada aktiviti penilaian pematuhan itu diakreditasikan sedemikian;

(b)

membuat apa-apa pernyataan atau representasi, sama ada secara bertulis atau selainnya, yang memberikan atau mungkin memberikan tanggapan bahawa sesuatu penilaian pematuhan mematuhi kehendak akreditasi sedangkan ia tidak mematuhi sedemikian; atau

(c)

setelah diakreditasikan untuk menggunakan sesuatu simbol akreditasi, menggunakan perakuan akreditasi selepas penarikbalikannya, atau semasa penggantungannya, atau selainnya dengan melanggar terma-terma dan syarat-syarat perakuan akreditasi itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Pemunyaan Standard Malaysia

Section 18 — AKTA STANDARD MALAYSIA 1996 | mylaw.my