Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 19

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu, atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsinya atas sifat itu dan memandangkan segala hal keadaan.