Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 20

Ciri-ciri komoditi, dsb., boleh ditetapkan dengan merujuk kepada Standard Malaysia

Jika mana-mana undang-undang bertulis memberikan kuasa untuk menetapkan atau menentukan, sama ada melalui perundangan subsidiari atau selainnya, apa-apa ciri bagi apa-apa komoditi, proses, amalan atau perkhidmatan, ciri-ciri itu atau mana-mana daripadanya boleh ditetapkan atau ditentukan dengan merujuk kepada mana-mana

Standard Malaysia atau bahagiannya.