Malaysia legislation
Section 21E
Seksyen 21E
Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 21D penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai diberi kuasa itu boleh memasuki premis itu dan menjalankan dalam, di dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 21D dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.