Malaysia legislation

Section 21N

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 21N

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.