Malaysia legislation
Section 21O
Seksyen 21O
Kuasa tambahan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
(a)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa komputer, buku, rekod, data berkomputer, dokumen atau benda lain yang disimpan oleh mana-mana orang dan untuk meneliti, memeriksa dan untuk membuat salinan daripadanya;
(b)
untuk menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan apa-apa pembuatan atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c)
untuk membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Menghalang pegawai diberi kuasa