Malaysia legislation

Section 22

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 22

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai segala atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

menetapkan cara standard boleh diisytiharkan sebagai

Standard Malaysia;

(b)

mengawal selia pengisytiharan Standard Malaysia;

(c)

mengadakan peruntukan bagi pindaan, penyemakan atau penarikbalikan mana-mana Standard Malaysia atau

Standard Malaysia sementara dan mengawal selia tatacara yang berhubungan dengannya;

(d)

menetapkan cara perakuan akreditasi boleh diberikan;

(e)

mengawal selia pengeluaran perakuan akreditasi, menetapkan terma dan syarat yang atasnya atau tertakluk

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

kepadanya perakuan akreditasi boleh dikeluarkan, dan mengawal selia pembaharuan, penggantungan atau pembatalan perakuan akreditasi dan tatacara bagi merayu terhadap penggantungan atau pembatalan itu;

(f)

(Dipotong oleh Akta A1425);

(g)

menetapkan kaedah untuk membuktikan adanya atau tidak adanya terma dan syarat bagi mana-mana perakuan akreditasi yang diberikan di bawah Akta ini;

(h)

menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(i)

menetapkan perkara yang berkenaan dengannya fi kena dibayar di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan, amaun fi, dan orang yang bertanggungan membayarnya;

(j)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti pada mesyuarat Majlis;

(k)

menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.