Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 549
“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang melaluinya Jabatan memberikan pengakuan bahawa sesuatu badan penilaian pematuhan adalah berwibawa untuk menjalankan aktiviti penilaian pematuhan tertentu;
“badan yang diiktiraf”, berhubung dengan standard, ertinya suatu entiti undang-undang atau pentadbiran yang mempunyai tugas dan komposisi tertentu, dengan kuasa yang diakui bagi menerbitkan standard;
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“harta” termasuk —
(a)
segala harta alih dan tak alih dan segala kepentingan, hak dan liabiliti, sama ada di sisi ekuiti atau undang-undang dalam, kepada atau daripada harta itu, hak dalam tindakan, pelaburan, wang dan nama baik; dan
(b)
segala hak dan liabiliti berkenaan dengan kontrak yang berhubung dengan pembinaan bangunan, dan “terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuk hak kepada harta yang masa hadapan atau kontingen;
“Institut” ertinya Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian
Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Standard dan
Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975 [Akta 157];
“Jabatan”
ertinya
Jabatan
Standard,
Malaysia yang bertanggungjawab bagi penstandardan dan akreditasi kebangsaan;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Jabatan Standard yang dilantik di bawah seksyen 9;
“komoditi” ertinya apa-apa artikel, keluaran atau benda yang menjadi perkara tred atau perdagangan;
Standard Malaysia 9
“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan, dan obligasi (sama ada masa kini atau masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain);
“Majlis” ertinya Majlis Standard dan Akreditasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 13(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi standard dan akreditasi;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seorang pegawai Jabatan atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa di bawah seksyen 21A;
“penilaian pematuhan”
ertinya suatu aktiviti pengujian, penentukuran, pemeriksaan, pensijilan atau apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menunjukkan bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;
“pensijilan” ertinya suatu tatacara yang melaluinya pihak ketiga memberikan jaminan bertulis bahawa kehendak tertentu yang berhubungan dengan komoditi, proses, sistem, orang, badan, amalan atau perkhidmatan dipenuhi;
“penstandardan” ertinya aktiviti menetapkan, mengenai masalah sebenar atau berpotensi, peruntukan bagi kegunaan biasa dan berulang, dengan tujuan mencapai tahap optimum keteraturan dalam sesuatu konteks yang diberikan;
“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22;
“peraturan teknikal” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang memperuntukkan bagi kehendak teknikal, sama ada secara langsung atau dengan merujuk kepada atau menggabungkan kandungan sesuatu standard, standard teknikal atau kod amalan;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 549
“premis” termasuk apa-apa pondok, bangsal, struktur, platform, rumah, bangunan, pengangkut dan tanah sama ada tertutup atau dibina di atasnya;
“simbol akreditasi” ertinya suatu simbol yang dilindungi yang digunakan atau dikeluarkan di bawah sistem akreditasi yang diwujudkan dan dikendalikan oleh Jabatan;
“standard” ertinya suatu dokumen yang diwujudkan secara sepersetujuan dan diluluskan oleh suatu badan yang diiktiraf, yang memperuntukkan, bagi kegunaan biasa dan berulang, kaedah-kaedah, garis panduan atau ciri bagi aktiviti atau keputusan aktiviti itu, yang matlamatnya ialah pencapaian peringkat susunan yang optimum dalam sesuatu konteks yang diberikan, yang pematuhannya tidak mandatori;
“Standard Malaysia” ertinya sesuatu standard yang diisytiharkan di bawah seksyen 15;
“Standard Malaysia sementara” ertinya sesuatu standard yang belum melalui tatacara formal pertimbangtelitian jawatankuasa teknikal dan komen awam dan —
(a)
yang pada pendapat Majlis diperlukan segera; atau
(b)
yang berkenaan dengannya Menteri berpendapat bahawa penggunaanya secara cubaan perlu sebelum ia boleh dimuktamadkan;
“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang terhad oleh syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1)
yang kepadanya harta, hak, liabiliti dan fungsi Institut dipindahkan dan terletak hak di bawah subseksyen 3(1);
“tanda” termasuklah apa-apa peranti, jenama, tajuk, label, tiket, nama, tandatangan, perkataan, huruf, angka, dan apa-apa kombinasinya;
Standard Malaysia 11
“tanda pematuhan” ertinya tanda terpelihara, yang dipakai atau dikeluarkan di bawah kaedah-kaedah sesuatu sistem pensijilan, yang menunjukkan bahawa keyakinan yang memadai diberikan bahawa komoditi, proses, sistem, orang, amalan atau perkhidmatan yang relevan itu menepati standard yang tertentu atau dokumen normatif yang lain;
“tarikh peletakhakan” ertinya tarikh bila segala harta, hak, liabiliti dan fungsi Institut dipindahkan kepada atau terletak hak pada syarikat pengganti sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1).