Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA STANDARD MALAYSIA 1996

Seksyen 3

(2)

Mana-mana tanah yang dipegang atas nama Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan dan yang sebelum sahaja tarikh peletakhakan diduduki oleh Institut hendaklah terus diduduki oleh syarikat pengganti di bawah suatu pajakan pada sewa dan atas apa-apa terma yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan syarikat pengganti.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), hanya fungsi Institut yang di bawah Akta ini tidak terletak hak pada Ketua Pengarah dan mana-mana badan lain boleh dipindahkan kepada syarikat pengganti.

(4)

Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)

pada syarikat pengganti hendaklah terletak hak sedemikian pada

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

syarikat itu bagi hak milik atau kepentingan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.

(5)

Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Institut memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melalui subseksyen (1).

(6)

Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen

(1)

pada syarikat pengganti boleh, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Institut memberikan notis kepada orang yang hak dan liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).

(7)

Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Institut yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada atau selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat pengganti itu.

(8)

Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada syarikat pengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan

Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.

(9)

Pada atau selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yang Institut ialah pihak kepadanya sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Institut, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah syarikat itu telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

Standard Malaysia 13

(10)

Walau apa pun subseksyen (9), mana-mana perjanjian yang dibuat oleh Institut, yang hal perkaranya berhubungan dengan apa-apa perkara termasuk dalam kuasa dan fungsi Ketua Pengarah di bawah Akta ini, hendaklah, pada tarikh peletakhakan diturunkan kepada Kerajaan dan hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Kerajaan telah menjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

(11)

Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa harta berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat pengganti, peruntukan dalam

Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965]

hendaklah, bagi maksud melaksanakan pendaftaran peletakhakan sedemikian, terpakai bagi syarikat pengganti, seolah-olah ia pihak berkuasa awam.

Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti