Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.
(3)
Sekuriti di bawah seksyen ini —
(a)
hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan
(b)
hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar disebabkan pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.
(4)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 549
Pelaburan Kerajaan dalam penerbitan selanjutnya syer syarikat pengganti