Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Syer dalam syarikat pengganti yang dipegang oleh Menteri
Kewangan hendaklah dipegang oleh
Menteri
Kewangan
Diperbadankan di bawah Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan)
1957 [Akta 375].
(3)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau kaedah undang-undang, adalah tidak perlu melengkapkan atau mendaftarkan sesuatu pemindahan syer daripada jenis yang disebut dalam subseksyen (2) berikutan dengan pertukaran orang yang memegang jawatan Menteri Kewangan.
(4)
Menteri Kewangan boleh menjalankan segala hak dan kuasa yang berhubung kait dengan syer dalam syarikat pengganti yang dipegang olehnya.
(5)
Menteri Kewangan boleh, pada bila-bila masa, melalui notis bertulis kepada Setiausaha Syarikat bagi syarikat pengganti, memberi kuasa, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan dalam notis itu, mana-mana orang yang difikirkannya patut untuk bertindak sebagai wakilnya pada mana-mana atau semua mesyuarat pemegang syer syarikat pengganti atau mana-mana kelas pemegang syer, dan mana-mana orang yang diberi kuasa sedemikian berhak menjalankan kuasa yang sama, bagi pihak Menteri Kewangan, sebagaimana yang
Menteri Kewangan boleh menjalankannya jika hadir sendiri pada mesyuarat itu.
Menteri Kewangan hendaklah memegang syer