Malaysia legislation

Section 13

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 13

(a)

mana-mana anggota Suruhanjaya;

(b)

mana-mana pegawai Suruhanjaya;

(c)

mana-mana jawatankuasa; atau

(d)

mana-mana anggota pasukan polis.

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 15

(2)

Anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya, jawatankuasa, atau anggota pasukan polis yang diwakilkan apa-apa fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah terikat dengan pematuhan dan memberikan perhatian kepada semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Suruhanjaya yang berhubungan dengan pewakilan kuasa itu.

(3)

Apa-apa fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.

(4)

Pewakilan kuasa di bawah seksyen ini tidak akan menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

Section 13 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022