Malaysia legislation

Section 16

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 16

(2)

Suruhanjaya boleh melantik mana-mana pegawai daripada mana-mana agensi kerajaan atas dasar peminjaman sebagai penyiasatnya.

(3)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai undang-undang yang perlu yang hendaklah dipinjam daripada kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan untuk membantu Suruhanjaya.

(4)

Seseorang anggota Suruhanjaya yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri, melalui anggota keluarganya atau sekutunya, apa-apa kepentingan mengenai atau kaitan dengan anggota pasukan polis yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya hendaklah menzahirkan kepentingan atau kaitannya dengan serta-merta kepada Pengerusi dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya berkenaan dengan anggota pasukan polis itu.

Perunding

Section 16 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022