Malaysia legislation

Section 24

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 24

Aduan terhadap anggota pasukan polis

(2)

Sesuatu aduan secara bertulis hendaklah mengandungi yang berikut:

(a)

butir-butir pengadu;

(b)

butir-butir anggota pasukan polis, jika boleh dikenal pasti, yang tindakan yang diambil atau tidak diambilnya menjadi asas aduan itu, atau jika tidak boleh dikenal pasti, suatu perihalan atau apa-apa butir lain yang mencukupi bagi membolehkannya dikenal pasti;

(c)

butir-butir mengenai salah laku yang diadukan, termasuklah tarikh dan tempat berlakunya salah laku itu;

(d)

butir-butir orang yang terjejas oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh anggota pasukan polis itu, jika orang itu bukan pengadu;

(e)

butir-butir mana-mana orang lain yang hadir semasa atau terlibat dalam tindakan yang diambil atau tidak diambil yang diadukan itu, jika ada; dan

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 839

(f)

apa-apa butiran lain, termasuklah gambar foto dan dokumen, yang difikirkan sesuai atau perlu oleh pengadu untuk dimasukkan dalam aduan itu.

(3)

Jawatankuasa Aduan hendaklah menimbang teliti aduan yang diterima dan memutuskan pengelasan aduan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 25.

Pengelasan aduan

Section 24 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022