Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota pasukan polis” ertinya mana-mana anggota pasukan polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan;
“anggota Suruhanjaya” ertinya Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 6;
“badan awam” ertinya—
(a)
Kerajaan Malaysia;
(b)
Kerajaan Negeri;
(c)
mana-mana pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun yang lain; dan
(d)
mana-mana jabatan atau perkhidmatan Kerajaan Malaysia,
Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 18;
“Jawatankuasa Aduan” ertinya Jawatankuasa Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“Ketua Jabatan”—
(a)
berhubung dengan pasukan polis, ertinya seseorang anggota pasukan polis yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kawalan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 6 Akta Polis 1967
[Akta 344]; atau
(b)
berhubung dengan badan awam, ertinya seseorang pegawai yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sesuatu badan awam;
Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 9
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
“Pasukan Petugas” ertinya suatu Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;
“pegawai Suruhanjaya” ertinya mana-mana pegawai yang dilantik oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 16 dan termasuklah
Setiausaha yang dilantik di bawah seksyen 14;
“salah laku” ertinya salah laku sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 22;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Suruhanjaya Pasukan Polis” ertinya Suruhanjaya Pasukan Polis yang ditubuhkan di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.