Malaysia legislation

Section 30

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 30

(a)

jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan di bawah

Malaysia 2009, merujukkan dapatan itu kepada Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia;

(b)

jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, merujukkan dapatan itu kepada pihak berkuasa berkaitan;

(c)

jika dapatan menzahirkan apa-apa salah laku, merujukkan dapatan salah laku itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis dengan syor untuk tindakan tatatertib; dan

(d)

jika dapatan menzahirkan tiada salah laku, menolak aduan itu dan memaklumkan Ketua Jabatan yang berkaitan.

(2)

Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan dapatan dan syor oleh Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 29(2), Suruhanjaya boleh mengarahkan Pasukan Petugas untuk membuat penyiasatan lanjut.

(3)

Suruhanjaya hendaklah merekodkan dapatan yang disebut dalam subseksyen (1) dan memaklumkan pengadu tentang tindakan yang telah diambil ke atas aduan itu.

Pasukan Petugas

Section 30 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022