Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(2)
Tertakluk kepada Akta ini, seseorang yang dipanggil untuk hadir atau yang hadir di hadapan Suruhanjaya sebagai seorang saksi, atau untuk mengemukakan suatu dokumen atau benda lain kepada Suruhanjaya mempunyai perlindungan yang sama sebagai seorang saksi dalam mana-mana prosiding di Mahkamah.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 839
(3)
Tiada liabiliti jenayah atau sivil selain Akta ini yang berhubung kait dengan seseorang kerana kepatuhan, atau yang berupa kepatuhan atas dasar suci hati, kepada apa-apa kehendak yang dibuat di bawah Akta ini; khususnya, jika seseorang memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain di bawah Akta ini, tiada liabiliti sivil yang boleh dikenakan pada orang itu kerana berbuat demikian, sama ada liabiliti itu akan timbul di bawah suatu kontrak atau selainnya.
(4)
Tiada keterangan, dokumen atau dapatan Suruhanjaya di bawah Akta ini boleh diterima dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah terhadap orang yang memberi keterangan jika orang itu membantah untuk memberikan apa-apa rekod pemeriksaan atau pernyataan bersumpah atau pengesahan bertulis atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain.
Penguntukan wang tahunan