Malaysia legislation

Section 42

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 42

Obligasi kerahsiaan

(a)

tiada anggota Suruhanjaya, pegawai Suruhanjaya, perunding atau anggota Pasukan Petugas sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan

(b)

tiada orang lain yang dengan apa jua cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 839

Pemulaan dan penjalanan pendakwaan

Section 42 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022