Malaysia legislation

Section 47

of AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022

Seksyen 47

Perkara yang berikut hendaklah, setakat yang perkara itu berkaitan dengan salah laku anggota pasukan polis, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti

Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700] oleh Suruhanjaya Integriti

Agensi Penguatkuasaan dan hendaklah diselesaikan dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, seolah-olah

Akta ini tidak diluluskan:

(a)

apa-apa aduan yang belum selesai di bawah seksyen 23

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009;

(b)

apa-apa penyiasatan yang belum selesai di bawah seksyen 25, subseksyen 27(4) dan seksyen 28 Akta Suruhanjaya

Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009;

(c)

apa-apa dapatan Jawatankuasa Aduan dan dapatan

Suruhanjaya yang belum selesai di bawah seksyen 26 dan 30

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

masing-masing; dan

(d)

apa-apa pendengaran yang belum selesai di bawah seksyen 34

Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Section 47 — AKTA SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS 2022