Malaysia legislation
Section 7
of AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 7
Seksyen baharu 10a dan 10b
seksyen yang berikut:
“Tatalaku 10a. (1) Menteri boleh mengadakan suatu tatalaku yang hendaklah dipatuhi oleh anggota Suruhanjaya.
(2)
Tatalaku yang diadakan di bawah subseksyen (1)
hendaklah disiarkan dalam Warta.
(3)
Jika sampai kepada pengetahuan Menteri bahawa terdapat suatu pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh mana-mana anggota Suruhanjaya, Menteri hendaklah merujukkan perkara itu kepada Perdana Menteri bagi pelantikan suatu tribunal penyiasatan di bawah seksyen 10b.
Tribunal penyiasatan 10b. (1) Tribunal penyiasatan hendaklah terdiri daripada tiga anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri.
(2)
Tribunal penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh anggota Suruhanjaya dan hendaklah membuat dapatannya dan boleh membuat apa-apa syor berdasarkan dapatannya itu kepada Perdana Menteri.
(3)
Anggota tribunal penyiasatan yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.
(4)
Tribunal penyiasatan hendaklah menjalankan penyiasatannya mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.
(5)
Jika suatu penyiasatan dimulakan berkenaan dengan pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang anggota Suruhanjaya di bawah seksyen ini,
Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Perdana Menteri, menggantung anggota Suruhanjaya itu daripada menjalankan fungsinya sehingga tribunal penyiasatan membuat dapatannya di bawah subseksyen (8) atau sehingga suatu keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan subperenggan 10(d)(ii), mengikut mana-mana yang terkemudian.
(6)
Jika anggota Suruhanjaya digantung daripada menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (5), anggota Suruhanjaya itu hanyalah berhak menerima tidak kurang daripada separuh daripada saraan atau elaunnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama tempoh penggantungannya.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1714
(7)
Bagi maksud penyiasatan di bawah seksyen ini, tribunal penyiasatan boleh—
(a)
mengumpul apa-apa keterangan yang berhubungan dengan pengataan pelanggaran tatalaku itu dan memeriksa mana-mana orang yang difikirkannya perlu;
(b)
menghendaki mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal penyiasatan untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya;
atau
(c)
mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara yang berhubungan dengan penyiasatan itu.
(8)
Apabila selesai penyiasatan—
(a)
jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa terdapat suatu pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, tribunal penyiasatan hendaklah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya anggota Suruhanjaya itu dipecat daripada menjadi anggota Suruhanjaya;
atau
(b)
jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, tribunal penyiasatan hendaklah menggugurkan perkara itu dan memaklumkan Perdana Menteri dengan sewajarnya.
(9)
Dalam hal penggantungan seseorang anggota Suruhanjaya di bawah subseksyen (5), jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, anggota Suruhanjaya itu hendaklah berhak menerima mana-mana bahagian saraan atau elaunnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dibayar kepadanya selama tempoh penggantungannya.”.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)
9
Pindaan seksyen 11a