Malaysia legislation
Section 9
of AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 9
Pindaan seksyen 13
Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Jika Suruhanjaya telah merujukkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan di bawah subseksyen (2), pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia itu.”.