Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 17
(2)
Jawatankuasa Aduan hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:
(a)
untuk menerima aduan salah laku daripada mana-mana orang kepada Suruhanjaya;
(b)
untuk menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar mengenai semua aduan yang diterima oleh Suruhanjaya;
(c)
untuk menilai aduan mengikut seksyen 23;
(d)
untuk menentukan jenis salah laku;
(e)
untuk menjalankan apa-apa penyiasatan awal mengenai aduan di bawah seksyen 25; dan
(f)
untuk memaklumkan pengadu mengenai status aduannya dan tindakan yang telah diambil selepas Suruhanjaya telah membuat dapatannya.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
Pasukan Petugas