Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguatkuasaan” ertinya—
(a)
mana-mana Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan, termasuklah suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi
Kementerian, Jabatan, Agensi atau badan itu, yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau yang mempunyai kuasa penguatkuasaan;
(b)
suatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang
Persekutuan yang diberikan fungsi penguatkuasaan oleh undang-undang Persekutuan itu atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain; atau
(c)
suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi sesuatu badan yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan yang mempunyai fungsi penguatkuasaan;
“Jawatankuasa
Aduan”
ertinya
Jawatankuasa
Aduan yang ditubuhkan di bawah seksyen 16;
“kesalahan tatatertib” termasuklah apa-apa tindakan yang diambil atau tidak diambil yang membentuk atau boleh membentuk alasan bagi tindakan tatatertib di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“Pasukan Petugas” ertinya suatu Pasukan Petugas yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 9
“pegawai penguat kuasa” ertinya seorang pegawai—
(a)
sesuatu agensi penguatkuasaan; atau
(b)
perkhidmatan bersama yang ditubuhkan di bawah
Perkara 133 Perlembagaan Persekutuan yang melaksanakan fungsi penguatkuasaan;
“Pesuruhjaya”
ertinya
Pengerusi,
Timbalan
Pengerusi dan
Pesuruhjaya lain yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pihak Berkuasa Tatatertib”, berhubung dengan seseorang pegawai penguat kuasa dalam—
(a)
suatu Kementerian Persekutuan, ertinya Pihak Berkuasa
Tatatertib yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah