Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
untuk menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap seseorang pegawai penguat kuasa atau terhadap sesuatu agensi penguatkuasaan secara amnya dan menyiasat serta mengadakan pendengaran mengenai aduan sedemikian;
(b)
untuk merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku oleh seseorang pegawai penguat kuasa;
(c)
untuk melindungi kepentingan orang ramai dengan mencegah dan menangani salah laku seseorang pegawai penguat kuasa;
(d)
untuk mengadakan pengauditan dan pemantauan mengenai aspek tertentu operasi dan tatacara sesuatu agensi penguatkuasaan;
(e)
untuk menggalakkan kesedaran tentang, penambahbaikan mengenai, dan pendidikan berhubung dengan, integriti di dalam sesuatu agensi penguatkuasaan dan mengurangkan salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa;
(f)
untuk membantu
Kerajaan dalam merumuskan perundangan, atau mengesyorkan langkah pentadbiran kepada Kerajaan atau sesuatu agensi penguatkuasaan, demi menggalakkan integriti dan menghapuskan salah laku dalam kalangan pegawai penguat kuasa;
(g)
untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran tatacara penguatkuasaan dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya;
dan
(h)
untuk membuat lawatan ke premis sesuatu agensi penguatkuasaan, termasuk melawat balai polis dan lokap mengikut tatacara di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan membuat apa-apa syor yang perlu yang berhubungan dengannya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 700
(2)
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau yang bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya.
Keanggotaan Suruhanjaya