Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Kecualian dan peralihan
(2)
Orang yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1694
(3)
Orang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.
(4)
Apa-apa perintah, arahan, garis panduan, surat pekeliling, notis, keputusan, kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah
Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kekal sah.