Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Seksyen 19 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan
“Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya
Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan
“Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”;
(b)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“perenggan 11(3)(c), (d), (e) dan (f)” dengan perkataan
“perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e)”;
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)
(c)
dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan
“Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya
Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan
“Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”;
(d)
dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:
“(7) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah memohon bagi kebenaran itu.”;
dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:
“(8) Pengerusi hendaklah hanya, bagi maksud subseksyen (1), (3) dan (7), menamakan pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(b), (c), (d)
atau (e) untuk bertindak bagi pihaknya.
(9)
Bagi maksud subseksyen (7), “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.”.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1694
Pindaan seksyen 24