Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Mesyuarat
(2)
Notis sekurang-kurangnya sepuluh hari secara bertulis atau melalui mel elektronik hendaklah diberikan kepada anggota-anggota
Suruhanjaya.
(3)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya dan jika bagi apa-apa sebab Pengerusi tidak hadir, hakim yang paling kanan selepasnya hendaklah menjadi pengerusi.
(4)
Kuorum Suruhanjaya ialah tujuh orang termasuk Pengerusi.
(5)
Jika tidak ada kuorum sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (4) disebabkan oleh anggota menjadi tidak layak di bawah seksyen 11 atau 25, maka kuorum tidak boleh kurang daripada lima orang.
(6)
Tiap-tiap anggota Suruhanjaya yang hadir berhak mendapat satu undi melalui undi sulit dan jika terdapat persamaan bilangan undi yang dibuang, Pengerusi atau anggota Suruhanjaya yang mempengerusikan mesyuarat itu sebagai pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(7)
Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri sesuatu mesyuarat Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 695
Minit