Malaysia legislation

Section 21

of AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009

Seksyen 21

(a)

untuk memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri;

(b)

untuk menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan;

(c)

untuk merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan;

(d)

untuk mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan;

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 19

(e)

untuk membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman; dan

(f)

untuk melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berhubungan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini.

Section 21 — AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN 2009